"Orang yang tidak menyentuhkan hidungnya ke lantai tidak dianggap solat"
(Hadis sahih Al-Hakim Jilid I Halaman.270)
Kerana Rasulullah jika sujud, menempelkan hidungnya ke lantai. Dari Ibnu Abbas R.A. , ia berkata Rasulullah S.A.W. bersabda
"Aku diperintahkan untuk sujud dengan tujuh tulang (beliau sembari menunjuk ke hidung), kedua tangan dan kedua belah kaki."
(Al-Bukhari 812, Muslim 1079)
Dari Abi Said Al-Khudri R.A. berkata: Rasulullah S.A.W. i'tikaf di sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan, kami juga ikut i'tikaf bersama beliau, lalu Jibril mendatangi beliau dan berkata:
Sesungguhnya yang engkau minta ada di depanmu, maka pada pagi kedua puluh keesokan harinya Rasulullah S.A.W. berdiri dan berkhutbah di hadapan sahabat, beliau bersabda:
Barangsiapa yang ikut i'tikaf bersama Nabi S.A.W., maka kembalilah ke rumah kalian kerana aku telah melihat lailatul qadar, dan aku melupakannya.

Aku melihat diriku sujud di atas tanah dan air, di mana atap masjid ketika itu terbuat dari pelepah kurma, dan kami tidak melihat apa pun di langit. Namun tiba-tiba datang hujan yang membasahi kami, lalu Rasulullah S.A.W. solat bersama kami, sampai aku melihat bekas tanah dan air di keningnya dan aku percaya pada apa yang disaksikan beliau.
Menurut An-Nawawi hadis2 ini ada manfaatnya: Di antaranya adalah menunjukkan anggota sujud ada tujuh, dan bagi jemaah yang sujud harus sujud dengan 7 anggota dan hendaknya sujud dengan kening dan hidung semuanya.
Syaikh Muhammad Bayumi
No comments:
Post a Comment