Tuesday, January 31, 2012

Kata - Kata BID'AH yg Diucapkan Makmum Saat Imam Membaca AL-FATIHAH


Ada sebahagian makmum, ketika imam memaca iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in, mereka mengucapkan; Ista'antum birabbil' arsyil azhim (Aku minta pertolongan Tuhan yang berada di singgah sanaNya yang agung) atau kata-kata lain yang tidak dianjurkan.  

Ada juga sebahagian mushalli (orang yang solat) yang ketika imam sampai pada bacaan ghairil-maghdhubi alaihim waladh-dhallin, mereka membaca doa terlebih dahulu, sehingga mereka membaca amin setelah mereka selesai berdoa, bukan setelah selesainya bacaan imam.  Hal seperti ini jelas TIDAK BOLEH. 

Bagi mereka yang melakukannya akan mendapat DOSA, kerana bertentangan dengan firman Allah S.W.T. 

"Dan apabila Al-Quran dibacakan, maka semak dan dengarkanlah, semoga kalian mendapat rahmat dariNya".
(Al-A'raf: 204)

Oleh kerana itu, wajib hukumnya bagi orang yang sedang solat untuk menyemak dan mendengarkan baik-baik bacaan imam seraya menyelami makna dari bacaan tersebut sebatas kemampuannya.  



Syaikh Muhammad Bayumi

No comments:

Post a Comment