Wednesday, January 4, 2012

ORANG BUNIAN CANTIK DAN KACAK?

قد خلقنا الا نسان في احسن تقويم

Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia  
dalam bentuk yang sebaik-baiknya ((Q.S AT-Tiin : 4))



Sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T adalah manusia. Tetapi, kita ada mendengar daripada segelintir manusia melihat jin yang kebiasaannya orang Melayu menyebut orang Bunian.  

Lalu mendengar cerita mereka, orang Bunian ini cantik dan kacak-kacak belaka.  Walaubagaimanapun Allah telah berfirman dalam surah At-Tinn seperti ayat di atas yang menyatakan bahawa sebaik-baik ciptaannya adalah manusia.  

Al- Imam Asy-Syarie R.A mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar-Rabi' yand diriwayatkan oleh Al-Baihaqi R.A. di dalam kitab Manaqib  Asy-Syafie, 

"Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya melainkan dia seorang Nabi".  

Akan tetapi, kita buat suatu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jin dalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuk yang asli.  
Sebagaimana Firman Allah S.W.T. :

"Syaitan dan bangsanya dapat melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka". 

Surah  Al-A'raf ayat 27

Ibuku menyatakan kepada ku jika dibuka hijabmu untuk melihat jin, maka kamu akan bertempiaran lari kerana ketakutan. 

Nah,  i don't want to open my hijab let it this way.  :)



No comments:

Post a Comment