Monday, January 2, 2012

Mengangkat Jari Telunjuk Pada Saat Mengucap 2 Syahadat?

Kebanyakan muslim di Malaysia mengangkat jari telunjuk hanya pada saat mengucapkan dua syahadat dalam tahiyyat.  Hal ini tidak ada dasarnya dalam sunat.  


Yang benar adalah mengangkat jari telunjuknya dari awal hingga akhir bacaan tahiyyat.  Telah ditetapkan bahawa Rasulullah S.A.W.  mengangkat jari telunjuknya terus menerus.  Juga telah ditetapkan bahawa Baginda juga menggerak-gerakkannya.  


Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abdullah bin Zubair R.A. dia berkata, 
"Dulu Rasulullah Shallullahu Alaihi wa Sallam ketika duduk dalam solatnya, meletakkan kaki kirinya di antara paha dan betisnya, dan meluruskan posisi kaki kanannya tepat di atas paha kanannya sambil mengangkat jari telunjuknya."

Adapun riwayat tentang mengangkat jari telunjuk, dari Wail bin Hujr R.A. , dia berkata.
" Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam meletakkan kedua tangan dan sikunya di atas pahanya, dan meletakkan kedua hujung jarinya diatas kedua tumitnya, dengan posisi menggengam jarinya dan membentuk lingkaran.  Kemudian beliau mengangkat jari telunjuknya dan berdoa sambil menggerakkannya."

Para ulama berpendapat bahawa mengangkat dan menggerakkan jari telunjuk tidak dimulai dari awal tahiyyat, akan tetapi dimulai dari awal doa.  Hal ini dapat dilihat dari riwayat Wali bin Hujr R.A., " Kemudian beliau mengangkat jarinya sambil berdoa dan menggerakkannya.".  Pendapat ini juga dipegang oleh Syeikh Ibnu 'Utsaimin.  

Wallahua'alam.@.@

No comments:

Post a Comment