Disebut dalam hadis sahih: Kata Aishah, telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya Aishah, “Wahai Aishah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu ke atas diriku?” Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?
Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut?Dijawabnya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan.
Maka ditanya lagi, dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w. sedar dari tidurnya, maka diberitahu kepada Aishah, “Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
credit: http://www.darussyifa.org
nice
ReplyDeleteIM LOVIN IT!
ReplyDeletesaya pernah dengar Kisah Nabi disihir. tp samar2. Thank you for refreshing back my memory. I love it.
ReplyDeletemmg best bace ksah nabi :D
ReplyDeleteTq for sharing..
ReplyDelete