Monday, December 5, 2011

PENUNGGU

Sabda Rasulullah S.A.W. daripada Abi Said Al-Khudri:


Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah Islam.  Barangsiapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir (jin yang tinggal di rumah) hendaklah mengarahkan supaya ia keluar (sebanyak tiga kali).  Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.  


Oleh itu perlu kita ingat supaya tidak tergesa-gesa membunuhnya.




Al-Awamir, kerana ia lama tinggal di rumah manusia.  Mereka tinggal rumah-rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat dan suka mengusik. 


Rasulullah S.A.W. melarang kita daripada membunuh jin yang tinggal di rumah kita apabila ia menyerupai binatang seperti ular melainkan setelah diberi amaran sebanyak tiga kali.  Kalau tidak keluar juga bolehlah dibunuh dan tidak berdosa.  

No comments:

Post a Comment