Thursday, December 1, 2011

BAGINDA MENJAWAB JANGAN MARAH

Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada baginda S.A.W., lantas baginda bersabda : Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaanya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab : Jangan marah (Sahih al Bukhari hadis no:6116)


"Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, maka Allah S.W.T. memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makluk sehingga Allah memberi pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari".


(Hadith Riwayat Ahmad Abu Daud & At Tirmizi)


MARAH ADALAH SALAH SATU DARIPADA SIFAT MAZMUMAH (TERCELA), SIFAT YANG DIBENCI OLEH ALLAH S.W.T. & RASUL.


MARAH hadir kerana......
1.  sombong
2.  takjub kepada peribadi sendiri
3.  suka bergurau senda yang melampaui batas
4.  suka bercakap perkara yang sia-sia
5.  suka memfitnah
6.  suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7.  khianat
8.  tamak
9.  tidak dapat mengendali nafsu dan emosi
10.  dengki dan iri hati.


No comments:

Post a Comment