JAMBATAN GANTUNG SATOK
Sebuah jambatan gantung yang ditubuhkan pada tahun 1926. Tujuannya untuk menempatkan saluran paip air dari tangki air matang ke seberang sungai. Jambatan ini berukuran 130 meter dan 2.3 meter laluan jalan.
Menurut adat Dayak, pengorbanan manusia hendaklah diadakan pada lubang pertama proses pembinaan jambatan tersebut. Tetapi acara tersebut tidak pernah dilaksanakan.
Persoalannya disini ialah adakah benar upacara tersebut tidak pernah diadakan? Kenapa masih kedengaran bahawa upacara tersebut telah dibuat dan penunggu jambatan tersebut akan mengambil nyawa manusia setiap tahun sama awal tahun atau hujung tahun?
Banyak kes kematian terjadi di jambatan terbabit dan ianya berlaku samada awal tahun dan hujung tahun. Mereka yang respon dengan kes kematian terbabit memberitahu bahawa sudah tiba masanya bagi penunggu menuntut nyawa.
Sukar bagi saya mempercayai benda yang dianggap khurafat.
Kes yang pertama berlaku pada tahun ini ialah pada 13 Febuari 2011, mangsa dipercayai mengayuh basikal atas jambatan satok namun meninggalkan basikalnya dan terjun ke dalam sungai. Mangsa dipercayai bunuh diri tetapi tiada belum ada kesahsihannya.
Kes yang kedua tahun ini ialah pada 24 november 2011, mangsa dipercayai memecut laju kereta vivanya sehingga terhumban ke dalam sungai. Mangsa terbabit merupakan bakal pengantin kepada wanita Samarahan pilihannya namun jalan percintaan mereka berkesudahan dengan kematian. Sidang akhbar menyatakan bahawa ada dua mangsa dalam kereta terbabit namun pihak polis menyatakan bahawa bakal pengantin lelaki sahaja ditemui dalam kenderaan berkenaan.
No comments:
Post a Comment